This is Me

EC

Best viewed in resolutions 1024 X 768 and above.

 

27 March 2010

Semangat

Adakah anda yang sedang membaca artikel ini memahami setitik segala yang akan saya menaip? Saya memohon maaf kepada sesiapa yang tidak memahami apa yang ditaip pada artikel ini kerana, saya sendiri tidak memahami mengapa, tiba-tiba, saya menaip dalam Bahasa Malaysia (BM).

Adakah ini suatu yang menghairankan rakan semua? Tentulah. Saya sendiri pun rasa hairan. Sejak kecil lagi, saya telah "dipaksa" mempelajari dan meggunakan BM dalam pelajaran saya. Betapa sukarnya untuk menguasai BM. Struktur ayat, tatabahasa, dan pelbagai lagi adalah amat berbeza berbanding dengan Bahasa Inggeris (BI).

Bagaimanakah BM membezakan dirinya dengan bahasa yang lebih dominan di Dunia ini? Salah satu perbezaan adalah cara mengeja sesuatu perkataan yang dipinjam daripada BI dan dimodifikasikan untuk menjadi suatu perkataan yang betul dalam BM.

Antara perkataan yang telah saya gunakan:

BM: Dominan BI: Dominant
BM: Modifikasi BI: Modify/Modification
BM: Dimodifikasikan BI: Modified

Walaubagaimanapun, BM telah wujud dalam hidup saya cukup lama sehinggalah akhir hayat saya. Sekolah rendah, sekolah menengah, hari-hari perlu menggunakan BM. Subjek-subjek sains yang sepatutnya dipelajari dalam BI juga diterjemahkan kepada BM. Apakah kebaikannya?

Berdasarkan alasan daripada pihak Kerajaan dan Kementerian Pelajaran, mempelajari mata pelajaran/subjek sains dalam BM adalah untuk mengekalkan identiti kita sebagai Rakyat Malaysia. Kita perlu mengingati bahawa Bahasa Malaysia merupakan "lingua franca" negara kita.

BM juga memupuk nilai-nilai yang membantu negara kita yang mempunyai berbagai-bagai kaum untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Adakah BM mempunyai kuasa untuk mengekalkan toleransi antara kaum dan harmoni dalam negara? Mungkin. BM memang telah banyak membantu rakyat kita dalam aspek pertuturan/komunikasi.

Dimanakah kita boleh melihat suatu senario atau situasi yang menyokong pernyataan saya tadi? Hanya di kedai atau restoran "Mamak" yang tiada seorang rakyat Malaysia tidak tahu. Mamak adalah restoran yang kebanyakkannya didapati di mana-mana sahaja di Malaysia dan berurusniaga selama 24 jam sehari.

Kebanyakkan Mamak juga dimiliki oleh kaum India. Tetapi, Mamak mempunyai suatu keunikkan yang tidak dapat dilihat di mana-mana tempat di Malaysia, iaitu, integrasi antara kaum.

Kami memohon makanan dalam BM, tidak kira anda Cina, India ataupun Melayu. Kita duduk dan makan sesama kaum lain tanpa mempunyai setitik masalah perkauman. Kebanyakkan Mamak juga menyiarkan perlawanan bola sepak. Tidak kiralah English Premiere League ke, Kejohanan Bola Sepak Malaysia ke, kita semua boleh duduk bersama dan menyokong pasukan bola yang kita sukai.

Jika Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak hendak menggalakkan rakyatnya bersikap sebagai satu negara yang bersatu-padu, 1Malaysia perlulah mempelajari daripada Mamak.

Bagaimana? Cuba fikirkanlah apa yang menyebabkan kebanyakkan di antara kita, boleh makan dan minum di Mamak tanpa sebarang pengaruh daripada sesiapa dan tidak berasa tertekan kewujudan kaum-kaum yang lain di keliling Mamak itu.

Baiklah. Cukuplah dengan kata-kata saya ini yang mungkin tidak akan mempengaruhi fikiran sesiapa yang sedang membaca artikel ini. Harap maaf jika telah membazirkan masa yang begitu berharga kepada setiap individu.

Jumpa lagi dan salam sejahtera.

ps: Aku masih tak faham kenapa aku ni tiba-tiba semangat sangat nak gunakan BM.

9 feedbacks:

Seige said...

*ponders* lol.

EC said...

haha can you read?

Seige said...

NOPE. hence. lol.

ezra said...

Eh betul juga idea ni! Mungkin Perdana Menteri kita tiada masa ataupun peluang untuk pergi ke kedai mamak!

Walaubagaimanapun, saya berasa bahawa misi memupuk perpaduan di negara ini akan menjadi lebih mudah sekiranya pihak berkuasa kurang membazir masa bertelingkar satu sama lain!

EC said...

[Seige] haha~ sorry for the randomness lolz

[ezra] nampaknya BM kau tu belum karat lagi~ LOL

Jas said...

BM kau pun belum karat lagi..saya punya mesti sudah karat..lebih baik jika saya menggunakan BI~
i only manage to spot one mistake in the whole article--kebanyakkan..it shud b kebanyakan =P

mLCS said...

haha... very nice...

wanted to post my comment by using malay but I believe my malay "sudah karat"...

anyway, very nice...

Daydreamer said...

BM aku memanglah sudah berkarat. Seumpama diam diam cangkul berkarat.

Setelah bertahun lamanya kita belajar menulis dan membaca dalam BM, rugilah kita jikalau kita tidak memartabatkan bahasa rasmi negara.

I'm bryan btw.

EC said...

lol bryan~ not bad....haha